Taktik Simbol Mahkota Dalam Laman Sesawang Judi Online Tumpas

Taktik Simbol Mahkota Dalam Laman Sesawang Judi Online Tumpas

August 28, 2022 Off By editorialteam



[ JENAYAH MINGGU INI ]

Guna logo khas ‘Crown’ sebagai tanda dagangan laman sesawang judi, Itu taktik khas sindiket judi online yang akhirnya tumpas dengan penahanan 14 individu termasuk enam wanita tempatan.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 35 tahun itu bekerja sebagai operator pusat judi dalam talian.

Mereka ditahan dalam serbuan Ops Judi Online di sebuah premis di Kota Damansara petang tadi.

Operasi Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap d7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu berhasil atas aduan awam dan risikan tiga pegawai dan 15 anggota selama beberapa hari.

Pegawai Turusnya Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, ketika serbuan jam 3.15 petang itu.. Suspek sedang sibuk menguruskan pertaruhan judi dalam talian pelanggan menggunakan komputer dan telefon bimbit.

15 buah komputer, 48 telefon bimbit, satu alat perakam kamera litar tertutup, dua modem dan wang tunai lebih 1 ribu ringgit dirampas.

Polis percaya sindiket terbabit sudah beroperasi sejak setahun lalu dengan mempromosikan 10 laman sesawang judi dalam talian kepada pelanggan di China.

Dianggarkan jumlah pertaruhan diraih sindiket ini adalah antara 50 ribu hingga 80 ribu ringgit setiap hari.

Dalam tempoh sebulan, sindiket ini boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 80 ribu ringgit setiap bulan.

Kesemua suspek yang ditahan dan barang yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(G) akta sama.

#MKLCRIMEDESK
#JUDIONLINE
#PDRM

__

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Source