Guna ‘penthouse’ sebagai pusat panggilan judi ‘online’, 34 warga China ditahan

Guna ‘penthouse’ sebagai pusat panggilan judi ‘online’, 34 warga China ditahan

August 24, 2022 Off By editorialteam



Polis menahan 34 warga China yang terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian menerusi serbuan di sebuah ‘penthouse’ di Jalan Ceylon di sini Khamis lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua suspek berusia 21 hingga 46 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Dang Wangi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sindiket tersebut menawarkan kegiatan perjudian melalui aplikasi WeChat untuk rakyat China itu.

Menurutnya, selain itu, kediaman itu turut digunakan sebagai pusat promosi serta pusat panggilan bagi kegiatan tersebut.
“Hasil siasatan rumah itu dibeli dengan harga RM2.9 juta oleh dalang sindiket iaitu lelaki warga China.“Pemeriksaan juga mendapati sindiket itu telah bergerak aktif sejak empat bulan lalu dan meraih pendapatan bulanan dianggarkan berjumlah RM2.16 juta,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Mazlan, kesemua suspek kini direman 14 hari bagi disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Rumah Judi Terbuka 1963 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63

Source