Banglo Mewah 4 Tingkat Jadi Calling Centre Judi Online

Banglo Mewah 4 Tingkat Jadi Calling Centre Judi Online

August 21, 2022 Off By editorialteam



[ JENAYAH MINGGU INI ]

Sindiket judi atas talian atau Calling Center yang menggunakan taktik basi seperti menyewa rumah mewah sebagai pusat pemancing pelanggan akhirnya tumpas lagi.

Kali ini serbuan di sebuah rumah 4 tingkat dekat taman gembira ibu negara pada 8 julai.

Operasi dijalankan pasukan anti perjudian d tujuh ipk kuala lumpur dan ipd brickfields jam 4 petang berjaya memberkas 9 lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa ketika serbuan dilakukan..kesemua mereka ini sedang ligat menipu mangsa dengan melakukan pelbagai taktik.

Premis Calling Centre ini juga didapati menjalankan perjudian online khas untuk pasaran rakyat China dan tempatan.

Premis ini disewa dalam deretan rumah-rumah mewah bagi mengelak dikesan pihak polis.

18 buah monitor komputer, 9 CPU, 28 buah telefon bimbit, 30 external transfer device, modem dan router dirampas.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) & (d) Akta Pertaruhan 1953

#MKLCRIMEDESK
#JUDIONLINE
__

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Source